Selasa, 1 Januari 2013

dah lama tak borak


 
hai semua.. hehe.. da lama aku xda buka blog kan? bukan xda buka, ada buka tapi xda post jew.. well, ni la kehidupan aku sebagai pelajar universiti. busy lah katakan. :P (busy kepala hotak aku lah. hahaha) hmmm.. busy juga lah. sebab assignment betimbun n aku pulak suka sangat buat kerja last minut sampai xcukup tidur. memang padan lah dengan muka sendiri kan? pengajarannya, jangan la suka tanggguhkan kerja macam aku ni. well, aku ada banyak cerita nak membebel kat sini ni, tapi tak tau lah kalau aku ada tenaga nak menaip semuanya.. aku ni baru habis makan jap tadi. jadi aku pi buka lah email aku tu, nak tengok kalau2 lecturer aku dah balas email ke belom.. nampaknya dia dah balas hari jumaat lepas.adalah yang kitorang borak2 tu, korang xpayah tau.. ni hal orang dewasa jak.. kikikiki.. 

ni, korang nak tau. result sem 1 aku xdapat tengok sebab aku xlengkapkan SuFo kat student portal aku. argghhhhh!!!! manalah aku tau kena buat benda alah tu.. nak pegi pejabat ,malas pulak(padahal hari2 lalu pejabat).. bukan apa, malas lah nak kena bebel oleh pacik yang kat pejabat tu. "kenapa x ni?, kenapa x tu?".. stress!! aku harap xda lah yang fail.. kalau tak, kena repeat wooooorrrr.. tamau tamau.. ni bulan januari ni pulak keluar result MUET.. OH MAMMAMIA.. seram sejuk aku. kalau repeat macam na? kalau xcukup band 4 macam na?? RM100 lagi terbang.. hmmm..

semalam, aku ngan kawan aku sorang pegi KFC.. Aku minta teman sebab aku mengidam KFC.. hahaha. so kitorang pun pegi lah seksyen 7. kitorang lalu ikut jejantas. alaa .jalan kaki ja. dekat juga pon.. perghh!! punya jam.. orang ramai berpusu-pusu mau pegi i-city. countdown new year lah katakan.. ada 7-8 orang pakcik polis traffic kat tengah2 jalan raya tu.. traffic light tu dah xberguna dah masa tu. semua ikut arahan pacik polis tu.lama juga dorang kena tahan.. xboleh jalan. rupa-rupanya ada VVIP nak lalu.. nak pegi I-city tu lah. sampai terhon-hon la semua moto yang ada kat situ. aku dengan kawan aku pulak lepas dari KFC tu duduk bertenggek(eh tidak bertenggek betul2 pun) kat jejantas tu. banyak sangat kereta. banyaaaakkkk.... hahaha.. panjang barisan dorang tau. 15minit jam 12 baru lah kitorang masuk pagar uitm. tapi tu belum bmasuk bilik lagi. jam 12 macam tu adalah bunga api nya.. dari i-city. kitorang belum masuk pagar kolej lagi tu. nasib baik pacik guard tu nampak kitorang.. sebab dia pun nak tengok bunga api juga. haha. oleh kerana dia tau kitorang memang dah lama kat situ tapi sengaja taknak masuk pagar kolej, jadi dia xsuruh pun tulis nama. ada 3 orang aweks tu kena tulis nama sebab diorang lambat masuk.. kekeke..nasib badan lah kitorang.. tapi kaaaann.. boleh2 pulak kitorang kena kacau oleh dua orang mamat ni..masa tu kitorang duduk kat tepi jalan raya tu sambil tengok bunga api, lepas tu dia tegur. "tengok bunga api ke? jauh jugak"... aku masa tu blur , aku jawab jelah "hahahaha..ya". aku kebetulan je tu pusing belakang tengok pagar, ngam2 pulak mamat tu cakap kat kitorang. aku jwab je lah kan? lepas bunga api dah abis, kitorang masih kat tepi jalan tu lagi cerita2 la skit.hehe. macam xda tempat lain ja kan kitorang mau borak2. dah tu dua orang mamat tu unndurkan kereta yang dorang naik tu, tegur kitorang. " tunggu abang ke? abang belum datang lagi?", sambil tersengih2.. eh eh dorang ni. aku bagi bocor kang tayar kereta tu baru tau. "tak lah, kitorang da nak masuk lah ni", aku cakap macam tu sambil tunjuk pagar kolej.. senyum macam kambing sikit.. haha. tak adalah. main2 jew. lepas tu aku ngan kawan aku tu masuk lah pagar kolej. tapi bukan pegi bilik, duduk2 lagi kat meja2 kat bawah kolej tu. sambung cerita2 lagi....

masa tu aku cerita lah kat kawan aku tu.. aku cakap kat dia, aku ada kecik hati ngan kawan aku sorang ni. pada aku , dia bukan kawan biasa2 ja. dia bestfriend aku. aku suka sangat lepak ngan dia. tapi hari tu dia ada post kat wall facebook aku.. kat situ dia tanda aku ni friend dia, tapi bukan bestfriend. aku sedih juga. kecik hati pun ada. bila aku g wall kawan aku yang lain. ada juga dia post benda yang sama. tapi kawan kitorang yang satu tu dia tanda kat bahagian bestfriend. aku tak tau lah kenapa tapi aku rasa macam merajuk sangat2. sedih ni.hukhukhuk.. :'( ... rupanya aku ni setakat friends ja lah kan? bukan BEST pun. tak palah. dah dia rasa macam tu kan?? kita pun bukan boleh nak ubah perasaan orang kat kita.. tapi yang aku xpuas hati, selama ni aku tidur rumah dia, dia pulak tidur rumah aku.. dia rasa aku ni setakat kawan ja?? hmmm.. nasib badan. redha jak laaa.. aik?? macam lain bunyi tu sofie?hehehe.. takda la tu.. walaupun dia ataupun diaorang rasa aku ni bukan sebahagian dari dorang lagi, xapalah. pada aku diaorang tetap BESTFRIEND aku FOREVER. bukan senang maw cari kawan yang satu kepala kan? aku ni susah sikit sembang ngan orang. sampai ada orang cakap sombong lah. poker face lah.. hmmm. dah aku macam ni , nak aku buat macam mana lagi??? tapi serious aku cakap, kat sini aku belum ada bestfriend lagi. yang kat sabah tu lah bestfriends aku.. luv dorang semua ... mmmuuuaaahhhxxx!! hehehehe.. tapi aku ada terfikir juga, mentang2 lah aku jauh kan.. macam ni jadinya.. aku tau dorang tak salah apa2 pon.. hukhukhuk.. hmmm dah lah.. baik diam jak.. 
 

hmmm. apa lagi mau cerita ni?? haaaaa.. bulan 4 ni insyaallah aku abis final exam untuk sem2 asasi TESL d UiTM Shah Alam ni. aku akan balik ke negeri di bawah baju yang ku rindui.. uisehh.. hahaha.. xsabar rasanya.. nanti aku nak kerja lah kat sana sebab 5 bulan cuti kan sebelum nak ambik degree nanti.. insyaallah.. bulan 9 pengambilan untuk degree nanti. ntah dapat ka tidak aku ni. dua hati juga. nak ambik kat uitm shah alam juga atau cari lah mana2 universiti kat sabah tu.. hmmm... pening pening pening.. tengok lah nanti kan? doakan saya berjaya!! dan semoga anda berjaya juga!! :D
fuh!! berpeluh2  aku menaip tau. panas bilik ni.. sampai sini ja lah dulu ek?? everybody take care .. assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

p/s: kalau ada salah taip tu. minta maaf la sesangat ek?? :D

3 ulasan:

  1. nice entry lah....ahahaha keep it up xD

    BalasPadam
  2. you are mybeff forever!! hahahaha..walaupun kita jrg borak2..kikiki XD

    BalasPadam
  3. waaaa... gompida i luv u lah.. hahahaha XD

    BalasPadam